klik ok!!


Followers

Wednesday, March 16, 2011

SEGMEN AKU STUDENT BERWAWASAN

layan punya layan ct sampai pada blog encik Junko
berkenaan dengan segmen aku student berwawasan..
huhu..
best jugak segmen ni..
sebab ct pun student kan..
mesti ada wawasannya kan?
hihi..



belajar di mana?

jawapan bagi soalan ni adalah seperti yang sedia maklum..
ct belajar di Sintok, Kedah kan..
so, universiti apa ya kawan2?
hihi..
of course la Universiti Utara Malaysia..
pergh~~ dengan bangganya ct menjawapkan.. hihhi..
Cintai UUM!!
jurusan apa?

jurusan yang ct ambil adalah pengurusan perniagaan dengan kepujian

Jika kalian dah berkerjaya, dan tergolong dalam golongan professional, apa yang kalian akan lakukan untuk membantu golongan-golongan yang kurang pendidikan.?

insyaAllah.. jika ct dah ada kerjaya dan tergolong di dalam golongan yang proffesional insyaAllah ct akan membantu orang-orang yang kurang berpendidikan tidak kira dari segi apa bentukpun, harta, tenaga dan ilmu.. insyaAllah akan dibantu..
tidak kira peringkat umur..
tua ka.. muda ka.. insyaAllah .. ilmu ni kita tidak boleh kedekut..
jika ilmu yang disampaikan itu baik dan membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat serta berkesan kepada insan yang kita tolong itu.. insyaAllah kita akan dapat pahala..
bak kata ustaz ct, jika baik yang kita ajar kita akan dapat pahala bersamanya selagi mana orang itu mengamalkan...
tapi jika sesuatu yang tidak baik yang kita ajarkan.. kita akan dapat dosa selagi mana dia mengamalkam..
tidak semestinya hanya ilmu dunia yang kita kejarkan.. ilmu akhirat juga kita perlu cari..
supaya hidup kita tenang dan mendapat berkat.. balance gitu.. hihi..




Jika kalian menjadi pemimpin Malaysia. Apa perkara pertama yang akan kalian lakukan kepada negara Malaysia.?

uish.. soalan ni betul-betul soalan cepu cemas ni.. hihi~~
urm.. disebabkan ct ambil minor muamalat.. so ct inginkan negara ini melakukan ekonomi, politik, sosial dan teknologinya berteraskan konsep Islam..
supaya tidak ada mana-mana pihak yang tertindas..
rakyat saling bantu-membantu..
yang kaya menolong orang yang miskin..
politik yang tiada hasad dengki dan mencari pemimpin bukan kerana wang atau disebabkan sesuatu.. elakkan penipuan, fitnah, rasuah dan sebagainya..
pemimpin dan rakyat bersama-sama dalam membangunkan negara..
memperkembangkan lagi agama Islam..
bersama-sama mencari keredhaan Allah S.W.T..
InsyaAllah~


p/s: Islam itu indah..

design by:
nitie

2 comments:

  1. cantik blog nih . huhu ..
    anyway,terjah dari blog junko . gud luck ea dear .
    follow sini. ziarah itu amaln mulia . cewah !

    ReplyDelete
  2. tQ.. tp baru lg kan.. so x bpe kemas kot blognya.. hihi.. da ziarah.. hukhuk.. nice blog ;)

    ReplyDelete