بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ya Allah, Ya Rahman, Ya rahim...
segala puji bagiMu Ya Allah..
Ku panjatkan doa agar ditenangkan hati hambaMu ya Allah..
Ya Allah..
Tuhan yang maha pengampun dan maha mengasihani lagi maha mengetahui..
Ya Allah..
padaMu aku bermohon..
agar bantulah aku melepasi ujianMu ini Ya Allah..
Aku hanyalah insan yang kerdil..
yang kadangkala lemah dengan segala ujianMu Ya Allah..
Ya Allah..
hambaMu ini sering tewas dengan bisikan nafsunya..
sering rebah dalam arus perasaannya..
sering tersungkur dek mengejar impiannya..
sering alpa mengejar arus dunianya..
Ya Allah..
kaulah yan maha agung..
kadangkala aku lupa dan dan megah dengan apa yang ku miliki..
sedangkan hakikatnya..
semua hanyalah pinjaman..
kun fayakun..
maka semua yang kau kehendaki akan terjadi..
semua pinjaman akan ditarik semula..
semua keseronokan boleh bertukar kesengsaraan dan derita..
semua kemanisan akan bertukar kepahitan..
Ya Allah..
ketahuilah..
hambaMu ini sedang diselaputi resah..
diselimuti gelisah..
dibadai ombak hatinya..
kau bantulah aku dalam mencari ketenangan..
kau ampunilah segala dosa-dosaku ya Allah...
Ya Allah, Ya Rahman, Ya rahim..
kau penuhkanlah hati ini dengan ilmu,
kau lapangakan hati hambaMu ini,
Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah..
dosa-dosa zahir dan batin,
dosa-dosa kecil dan besar,
dosa-dosa sekarang mahupun yang akan datang,
dosa-dosa daripada anggota 7ku ya Allah..
Ya Allah..
hatiku ini berada dalam genggamanMu..
ku tahu bahawa setiap yang Engkau lakukan.
pasti terselit hikmah yang mendatang..
ku memohon..
kau taburi hatiku dengan cahaya keimanan,
cahaya keinsafan dalam mengenali dan mencintaiMu..
kerna aku hanyalah insan yang lemah lagi tiada daya..
takut dengan kemurkaanMu..
maka..
dengan penuh keinsafan dan tulus ikhlas dari hati ini..
terimalah taubat hambaMu yang hina ini...
kau pimpimlah hati ini dalam mencari keredhaanMu..
Amin Ya Rabb
design by:
nitie
No comments:
Post a Comment