klik ok!!


Followers

Thursday, April 7, 2011

CHAN RAT HU ~~ SAWA DI KAP (THAILAND)

As salam~~
hye kawan2 semua..
Apa khabar?
sehat ka?
hihi~~
ok2 tak mau la nak mengarut kan..
ok hari ini ct nak cerita pasal trip ke thailand yang ct pergi masa 1 April 2011 haritu
trip ini sehari sahaja..
dari pukul 7.30-11.00 malam~

di sini ct nak cerita serba sedikit maklumat yang ct dengar dari tourist guide yang bersama2 dalam trip kami ini.. nama tourist guide kami kak yan.. bak kata kak yan.. negara yang dikenali sebagai negara yang bebas adalah negara thailand.. tidak dijajah dan rakyatnya juga bebas berkahwin antara yang islam dan bukan islam.. kalau kawan2 nak tahu, waktu di thailand adalah lewat 1 jam dari di Malaysia (GMT +7)..

lebih kurang 75% daripada populasi penduduk di thailand adalah dari kaum Thai. 14% daripadanya berketurunan Cina da 3% daripadanya adalah berbangsa melayu Thai dan selabihnya adalah lain2 bangsa. dan lebih urang 95% daripada penduduk mereka beragama buddha..

bahasa yang digunakan oleh orang2 thailand adalah bahasa cina, siam dan juga melayu (itu pun sedikit sahaja yang tahu).. majoriti mereka adalah berbahasa siam yang mana di sekolah2 mereka diwajibkan untuk mempelajari bahasa siam ini.. tidak kira kaum, mereka semua dikehendaki mempelajari bahasa siam kerana bahasa siam bukanlah bahasa yang diwarisi sahaja.. mereka perlu mempelajarinya juga.. jika tersalah sebutan.. dia akan membawa makna yang berlainan..

sebagai contoh, perkataan phi..
membawa maksud kakak.. juga boleh membawa makna abang,

kak yan juga menceritakan sedikit berkenaan bagaimana asal usul perkataan thailand dan bagaimana penduduk islam boleh bertapak di naga ini.. seronok dengar kak yan berceloteh.. hihi..

nak tengok tak muka kak yan? tada~~~


tempat yang 1st sekali yang kami pergi sudah tentulah di bukit kayu hitam.. nak tahu tak sebab apa? hehe.. sebab nak tukar duit lah kan.. so~~~ time ni lah baru tahu rupa duit baht macam mana.. hahha.. masa kami pergi jika RM100 duit kita akan jadi 990 Baht la.. huhu


lepas pada tukar duit tu, bus kami pun bergerak ke imigresen, kalau tak.. takkan boleh lepas ke thailand pulakkan? urm.. kami menggunakan group passport.. mana yang dari kedah,kelantan, perak pula menggunakan border pas ja.. huhu..


lepas tu kami pergi ke nora plaza.. tempat untuk beli barang2 kulit yang cantek2.. siap dapat kad diskaun lagi

lepas pada tu kami pergi ke kilang gajus.. then pergi makan... tak tahu la pulak nama restoren tu sebab tourist tu yang uruskan.. yang pasti restoren ni adalah restoren halal antara yang terbesar kat sini la. huhu..


lepas pada makan dan solat di sini kami pergi ke Tang Kuan Hill (Songkhla), tempat raja2 lepak2 kat sini.. haha


ini gambar aiskrim kelapa.. sedap.. nyummy~~

after that kami pergi ke floating market.. best juga di sini.. banyak makanan yang sedap tapi pelik yang ade di jual di sini..



cuba teka ni gambar apa?
hihi.. ni sejenis kuih kacang.. tapi bentuk dia pelik dan unik sangat2.. sedap bangat~~~

tempat terakhir kami pergi adalah di Lee Garden (Hatnyai).. shoping lagi.. hihi.. banyak habis duit kat sini kot.. kikiki.. kat sini juga lah bahasa thailand terpaksa dipraktikkan..
contoh perbualan:
kami: thaurai? (berapa harga)
toke kedai: song roit see.. (dua ratus empat puluh)
kami: pheng~~ lot lit noi (mahal~~ kurang sikit)
toke kedai: song roit (dua ratus)
kami: neng roit pet (seratus lapan puluh)
toke kedai: menganggukkan kepala
kami: apa lagi dengan senyum lebar bayar lah kan.. dapat kurang 60 baht kot.. hahha



p/s: so daripada trip yang ct pergi ni betullah bak kata pepatah..
hujan emas di negara orang,
hujan batu di negara sendiri,
lebih baik di negara sendiri
::.. Apa2pun I lurve Malaysia..
design by: nitie


1 comment:

  1. masuk thai x ajak huhuhu...............!!! fine x nuck kawan wakkakaa

    ReplyDelete